SeLaMaT MeNjEnGuK Ke TeRaTaK MaYa Ku

Khamis, 23 Oktober 2008

Sekadar Menghantar Berita..


Kekadang kita tak tahu apa yang kita nak … dan kekadang kita tak tahu apa yang kita cari …Seringkali apa yang kita nak dan yang kita cari … kita tak akan dapat perolehi ke dua duanya sekali …

Kekadang ada baiknya hubungan antara dua insan di biarkan begitu sahaja …tiada tambah dan tiada kurangnya tapi adakah ini hubungan yang di cari selama ini …entah ….. kerana bukan aku yang meminta dan bukan aku yang memutus kata aku takut sekadar bertepuk sebelah tangan …

Kekadang ada baiknya hubungan antara dua insan di teruskan dengan sulaman kasih sayang agar bercambah cintanya tapi adakah ini hubungan yang di cari selama ini entah ….. aku hanya mampu berharap pada harapan yang aku sendiri tak pasti

Kekadang ada baiknya hubungan antara dua insan Ditamatkan riwayat kisahnya .. agar ada hati tidak terluka, berendam air mata tapi adakah ini hubungan yang di cari selama ini entah ….. telah kering airmata … namum derita juga yang ku terima

Kekadang ada baiknya hubungan antara dua insan Di eratkan dengan tali kejujuran … bukannya kepura puraan tapi adakah ini hubungan yang di cari selama ini entah ….. kejujuran yang di beri … sering di salah tafsir kan … mungkin kurang bahasa agaknya

Kekadang ada baiknya hubungan antara dua insan Sekadar bertanya berita … bertanya khabar bukan rahsia Sekadar menyapa … bukan mengata… Sekadar memanjangkan silaturahim bukan memutuskannya ..

Apa yang pasti … aku tahu apa yang ku cari …

1 ulasan:

Ada Dalina berkata...

huhu..aku suka luahan puitis kamu nih...seriussss!!!

Catat Ulasan