SeLaMaT MeNjEnGuK Ke TeRaTaK MaYa Ku

Selasa, 21 Oktober 2008

Tanggal 5 Ogos 2008, Bersamaan 3 Syaaban 1429




Tempat : Hospital Putrajaya
Jam : 4:30 petang, lepas asar

Hari nie, adalah hari yang tak dapat aku lupakan sepanjang hidup aku, bile aku kehilangan seorang insan yang paling aku sayang, yang paling aku rindu, mak kembali ke Rahmatullah pada selasa, 5 Ogos 2008.

Isnin malam, umah alang kat nilai, aku terima panggilan phone dr alang, kate mak jatoh, aku gelabah semacam, aku takut sgt time tue, angah dh nangis-nangis, membayangkan perasaan apabila kehilangan bonda tercinta. aku sampai kat umah alang, mak tido, aku tengok alang sugul, aku tanye mak mane, alang cakap mak dalam bilik kak long, aku jenguk mak..mak tengah tido. lena sangat mak tido.

aku cube kejutkan mak, aku pujuk mak pegi hospital, mak taknak, mak kate takpelaaa, tak sakitpun, mak nak mati kat umah jek, aku tengok alang dan angah nangis. aku sedu tp aku tahan. aku pujuk jugak, mak tetap taknak. mase tue mak ade bagitau aku, suruh aku amik kain batik lepas mak kat bawah katil kat umah aku kat Putrajaya, mak kate mak tak lame lagi, aku cube sedapkan hati sendiri, aku cakap kat mak, ajal di tangan Tuhan mak..aku senyum tawar.

aku bagitau angah, malam tue kite kena bawak jugak mak pegi hospital, aku suruh angah bagitau mak nak bawak balik ke Bukit Mahkota, mak suke..mak ikot jek!!. pastu bile mak masuk kereta, angah, alang bisik kat telinga aku, terus bawak mak pegi hospital putrajaya, sepanjang perjalanan mak senyap. tak bercakap sepatahpun.

Pagi Selasa, aku text kat Puan Saripah dan En Faizal, aku infom kat derang aku masuk keje lambat sebab nak uruskan mak kat hospital. pagi tue aku masuk kejap opis, aku nak amik GL nak bawak ke hospital. pagi tue kau tengok mak, tenang jek. mak tak banyak cakap, tengah hari tue, hanim dan wan gedik datang. mak suke tengok wan gedik dan hanim datang, mak kate rindu sangat kat derang, mak bercerita panjang dengan derang, gelak2, aku sempat suapkan mak buah, aku tengok angah senyum jek, angah sepanjang hari ade kat hospital.

hati aku tibe-tibe je berdebar-debar, aku rase tak sedap hati, aku rase mcm nak sangat pegi hospital time tue, jam 315pm : angah call, bgtau mak tak sedar diri, aku terus gerak pegi hospital, sampai hospital aku tengok alang, kak long dan adik dh menangis, angahpun sama, aku tgk alang, alang cakap "dik, mak dah takde"...mate aku gelap, fikiran aku melayang jauh, jauh sangat. aku tgk mak, mate mak tertutup rapat, tenang atas katil, aku cium dahi mak, aku cium pipi mak, aku cium bibir nipis mak, aku cakap dengan mak "kenapa mak pegi?? kenapa mak pegi tak cakap ape-apepun kat adik"..mak senyap..terus senyap..sepi...!!!!

malam tue jenazah mak sampai kat umah Bukit Mahkota, aku, wan gedik, alang, angah, mama dan umi bergilir-gilir bace Yassin untuk mak sampai ke pagi. terima kasih utk semua!!! hanya Allah yang mampu membalasnye.

Pagi Selasa, 5-8-2008, aku dan adik beradik yang lain tunggu kedatangan abah, abah yang menghilang selama 9 bulan, meninggalkan mak dalam keadaan sengsara zahir dan batin. van jenazah di jangka tiba jam 1030am, tapi van lewat setengah jam, mungkin mak nak tunggu abah jugak. tp terlalu lame..aku dengar angah berbisik kat jenazah mak "takpelaa mak, tak yah tunggu abah, kami akan uruskan mak"...5 minit lepas tue alhamdulillah van sampai. aku tak dapat menahan sebak, aku menangis, tatkala jenazah mak di bawa keluar...itulah kali terakhir aku menatap wajahmu mak...alhamdulillah, aku sempat memegangmu utk kali terakhir, aku hanye sempat menemanimu ke liang lahad. alhamdulillah, "rumah" mu luas mak. aku tak dapat menahan rase sedih yang teramat, aku tak dapat lagi bergurau senda, aku tak dapat lagi mencium pipi kedut mak, aku tak dapat lagi mendengar leteran mak, jeritan mak...

mak, adik nak minta ampun dan maaf, atas segala kesalahan adik pada mak, halalkan makan minum adik selama nie, adik doakan mak semoga tenang di sane.


YA ALLAH, AMPUNILAH SEGALA DOSAKU
DAN DOSA KEDUA IBUBAPAKU
KASIHANILAH MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA
MENGASIHANIKU SEWAKTU KECIL.
YA ALLAH, AMPUNILAH DAN KASIHANILAH KAMI,
HANYA ENGKAULAH YANG MAHA PENGASIH.
HANYA ENGKAU YANG MAHA BESAR.
AMIN YA RABBAL ALAMIN...

2 ulasan:

Ada Ayrissa berkata...

cik adie, kamu wat aku nangis la dgn entry kamu nih..huhu....
:((

Daehan Putra berkata...

salam mama...:(..hum kamu jgnlaaa nangis

Catat Ulasan