SeLaMaT MeNjEnGuK Ke TeRaTaK MaYa Ku

Selasa, 30 Disember 2008

sejarah YDP Besar Negeri Sembilan

Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah raja berperlembagaan di Negeri Sembilan sejak 1957. Sebelum itu Yang DiPertuan Besar adalah raja yang memerintah semua tanah jajahan adat di Negeri Sembilan.


Permulaan perlantikan Yang Di-Pertuan Besar ini berlaku pada abad ke-17 Masehi. Sebelum itu Negeri Sembilan adalah dibawah takluk kesultanan Melayu Johor. Pada separuh pertama abad ke-17 itu Kerajaan Melayu Johor sentiasa diancam oleh orang-orang Acheh di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636). Ini menjadikan Kerajaan Melayu Johor tidak berupaya untuk melindungi Negeri Sembilan.


Pada masa yang sama orang-orang Bugis yang dikepalai oleh Daing Kemboja telah memasuki Negeri Sembilan membuat huru hara dan memaksa orang-orang Negeri Sembilan keturunan Minangkabau mengakui Daing Kemboja sebagai raja di Negeri Sembilan. Ini bertentangan dengan pendirian orang-orang Minangkabau ini.


Satu utusan telah mengadap Sultan Johor untuk meminta supaya seorang raja dilantik di Negeri Sembilan. Bagaimanapun permintaan ini tidak dapat ditunaikan dan Sultan Johor telah membenarkan orang-orang Negeri Sembilan ini mencari anak raja dari negeri lain untuk dipertuankan di Negeri Sembilan.


Dengan itu maka pemimpin-pemimpin setempat di Negeri Sembilan lantas menghantar wakil untuk mengadap Yang Di-Pertuan Pagar Ruyung di Tanah Minangkabau. Permintaan utusan orang Negeri Sembilan ini telah diperkenankan dan telah melantik Raja Melewar menjadi Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama. Raja Melewar telah mengetuai angkatan perang orang-orang Negeri Sembilan menghalau Daing Kemboja dari tanah Negeri Sembilan.



Senarai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

  • 1773-1795: Raja Melewar
  • 1795-1808: Raja Hitam
  • 1808-1824: Raja Lenggang
  • 1824-1861: Raja Radin
  • 1861-1869: Yamtuan Imam
  • 1869-1872: Yamtuan Antah
  • 1872-1888: Tengku Ampuan Intan (pemangku Raja)
  • 1888-1933: Tuanku Muhammad
  • 1933-1960: Tuanku Abdul Rahman
  • 1960-1967: Tuanku Munawir
  • 1967-2008: Tuanku Jaafar
  • 2008-kini: Tuanku Mukhriz


1 ulasan:

Ada Dalina berkata...

aku blajo subjek sejarah ke nih?hehehhe

Catat Ulasan