SeLaMaT MeNjEnGuK Ke TeRaTaK MaYa Ku

Isnin, 18 April 2011

:: Hati Tenang Yang Hilang ::





semalam aku baru balik dari keje. Balik je tgk luar hujan, xsedar jgk mula2 tp tgk ribut omak aih boleh tahan kuat. sekarang ni aku pantang kalu kena hujan skit mesti sakit kepala, lagi2 kalu lepas tu g makan kambing, pecah kepala.. hari ni rasa sedikit (skitttt je) kurang sedap di lubuk hati.. entah la kenapa, x cukup garam kot or kurang cili, atau terlebih ajinomoto.

aku rasa entry kali ni xde gambar kot, xde mood.. entry ni sbnrnye nk mengatakan mood aku xde, xde mood yay2 xde mood.. semua mcm kena tapi ttbe semua serba xkena, mari kita lihat sape yg kena.. aku la yg kena, sbb semua kerana aku.. benghong.

malam ni malam jumaat, mungkin maghrib aku cube tenangkan sikit perasaan, hati yg tidak tenang ni tandanya kita dh mula lupakan sesuatu yang sentiasa melihat kita, menjaga kita, melindungi kita, dan mengasihi kita selalu, iaitu Dia yang satu.. Dia lah sebenarnya tempat kita berteduh dari semua kepalsuan dunia.. hati yg tidak tenang tandanya kita dh lupa untuk meminta petunjuk dan berdoa padaNya, kadang2 kita rasakan sesuatu yg berlaku sudah x ada lg jalan penyelesaian, full stop.. walhal Dia lah yang berkuasa menyelesaikan segala resah dan risau terus di dalam lubuk hati.. mungkin akan mengambil masa tp itulah cara Dia mendidik hati seorang manusia.. bukan senang nk membawa hati yg penuh cubaan, sedangkan hati itu lembut dan mudah terluka, tapi dari hatilah kita membawa siapa diri kita, bagaimana kita menjalani hidup dan bgaimana melihat melaluinya.. sememangnya melihat dgn hati inilah pandangan yg paling tajam, namun sgt mudah tersalah dan beralih.. aku insaf..

banyak yang dh ditunjukkan pada aku sejak akhir2 ini.. ada yang menggembirakan aku, ada yang menyedihkan aku.. ada yg aku terima, ada yg aku sepak laju2 xnak terima. aku dipertemukan dgn ramai org, ramai kenalan dan ramai kawan.. hidup aku xkosong, penuh dgn kisah2 menarik, tapi lagi penuh dgn kisah horror saluran citra. memang aku minta dipertemukan dgn sesuatu yang hanya aku dan Dia yang tahu. namun aku takut, kalu hati ni xcukup kuat, ada kekurangan dan kelemahan.. aku berdoa, jika Dia memberikan aku 'sesuatu' itu, aku harap dia jugak berikan kekuatan pada hati aku, ketabahan dan kepercayaan untuk aku tempuh hari mendatang..

...smbung balik, td aku pi masok bilik bos kejap. dia bagi keje tp aku siapkan entry note aku dulu sebelom aku kehabisan idea...

sbnrnya aku dalam beberapa minggu ni adalah org yg sgt gembira, syiiokkkkk, bak kata pepatah.. memang la happy, sbb tettttt.. aku percaya pada kejujuran, cuma kadang2 hasutan tu tetap ada meniup keraguan dalam hati (kerja syaitonnirrojim la ni).. sebab tu aku berdoa sgt meminta perisai dalam hati, xpayah bullet proof pn xpe janji xterluka.. cara yg terbaik untuk aku elakkan semua tu adalah dgn pujuk diri sendiri, hantok kepala kt dinding(tipu je) dan aku lebih suka berdiam diri. sbb berdiam tu kadang2 ada hikmah yg lebih bermakna.. kadang2 dgn membuka mulut perkara akan jd lebih rumit. pengalaman sedikit sebanyak mengajar hidup aku, atau menjatuhkan semangat aku.huhu sbb tu aku hanya terus pandang ke depan tapi kadang2 harapan datang dari belakang dan kita perlu menoleh.. kalaulah aku diberi peluang mengucapkan sesuatu di depannya....








Tiada ulasan:

Catat Ulasan