SeLaMaT MeNjEnGuK Ke TeRaTaK MaYa Ku

Khamis, 30 Oktober 2008

prakata


Assalammualaikum, salam tengah hari khamis, ape citer skang nie?? hummm ntahlaa mcm takde topik menarik jekan hehehehe. hummm selalunye bile aku melihat sesuatu, timbul pertanyaan di hati aku, mengapa begini?? bila aku rasa tidak munasabah, hati aku cepat mencadangkan sesuatu. bukankah baik kalau perkara itu dibuat begini, dibuat begitu. jika aku ditimpa masalah atau musibah berpunca dr peralatan yg aku gunakan, hati aku mengatakan mengapa mereka tidak buat begini dan tidak buat begitu????....



hati aku sentiasa berkata-kata, mencadangkan pembaikan, mempersoalkan perkara-perlara sedia ada dan mempertikaikan sesuatu yg rasenye bole dipertingkatkan keefisienannya. kdg-kdg hati aku lebih berani dgn memperlekehkan hal-hal yg tidak relevannya dgn kehidupan masa kini kemudian hati aku memberikan cadangan demi cadangan. b


erkata aku kpd diri sendiri; "satu hari jika aku dah besar, aku akan ubah ini menjadi itu; "satu hari kalau aku berkuasa aku akan buat begini, bukan begitu"; "satu hati..."; "satu hari..." dan banyaklah lagi cadangan demi cadangan.
apabila umur aku semakin meningkat, keupayaan minda aku memberikan alternatif semakin nyata. aku merasakan seperti disalurkan pd satu alat yg meyimpan begitu byk maklumat. namum maklumat-maklumat itu tidaklah nyata. hanya gambaran-gambaran kabur tanpa aku tahu asasnya. yg aku tahu aku memiliki suatu idea - mungkin alternatif kpd yg sedia ada ataupun kdg-kdg cadangan-cadangan baru yg hanya ada dlm minda para pereka.


mungkin semuanya bermula sewaktu aku kanak-kanak. imaginasi aku sungguh liar pd waktu itu. aku fikir semua kanak-kanak juga begitu cuma imaginasi yg terbentuk dalam minda aku itu mungkin tercetus dalam bilah-bilah yg lebih berdisiplin dan teratur. dalam usia remaja, imaginasi aku semakin berkembang. tatkala ini ia lebih berani memaksa aku merealitikannya. ketika pradewasa aku cuba merealisasikan imaginasi-imaginasi aku dgn melalukan inovasi-inovasi yg hanya aku sahaja memahaminya.



kedewasaan aku membuatkan aku merenung kehebatan dahulu sbg titik tolak kehebatan-kehebatan masa kini dan insyaAllah masa depan. semuanya bertolak daripada imaginasi, hanya imaginasi yg telah muncul lama dahulu...




** Bermuafakatlah dgn diri anda sendiri
sebagaimana anda bermuafakat dgn kwn
tatkala hendak menentukan arah tujuan **

1 ulasan:

Ada Dalina berkata...

wah..penuh dgn yg tersurat dan tersirat entry kamu kali nih..huhu

Catat Ulasan