SeLaMaT MeNjEnGuK Ke TeRaTaK MaYa Ku

Rabu, 10 Disember 2008

Selamat Aidiladha




Assalammualaikum..Isnin 8 Disember 2008 bersamaan dengan 10 Zulhijah 1429 yang lepas kite sambut Aidiladha atau Hari Raya Qurban. Aildiladha adalah satu hari kebesaran umat Islam. sesungguhnya Allah menganugerahkan kepada umat Islam dua hari untuk kite makan dan minum serta bergembira iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.


Aidiladha diraikan sebagai simbol salah satu syiar Islam teragung yang cukup sinonim denganhya iaitu ibadat Haji. Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban adalah kerana hari itu adalah hari umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim di dalam menunaikan perintah Allah dan juga kesabaran anaknya Nabi Ismail memenuhi perintah Ilahi.


"maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya), Nabi Ibrahim berkata: wahai anakku kesayanganku! sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu? anaknya menjawab: Wahai ayah! jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insyaAllah ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".


di dalam melaksanakan perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah di dalam menunaikan perintah Illahi sehingga dengan kurniaan Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, Allah mengirimkan seekor kibas untuk menggantikan Nabi Ismail.


"serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembilan yang besar. dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian." (Surah al-Saaffaat, ayat 104-108)


selanjutnya, sesiapa yang menjalankan ibadat korban ini disunatkan agar menyembelih binatang korban itu sendiri dan jika tidak mampu, dia hendaklah menyaksikan upacara korban itu sendiri terutama apabila darah pertama mula mengalir ke bumi kerana pada waktu itulah Allah akan mengampuni dosa-dosa yang lalu daripada orang yang melakukan korban. sabda Rasullullah s.a.w :


"bangunlah dan pergilah saksikan ibadat korban kamu kerana sesungguhnya pada titisan darah pertama yang mengalir akan diampunkan dosa kamu yang lepas. Fatimah bertanya kembali: Wahai Rasulullah! apakah ia khusus kepada ahli keluarga atau umum kepada umat Islam? jawab Baginda: bahkan kepada seluruh umat Islam." (Hadis riwayat Al-Bazzar & Ibnu Hibban).


Demikian ibadah korban yang menyerikan suasana keceriaan Aldiladha yang menyaksikan satu kesedaran atau keinsafan yang cukup tinggi di kalangan Umat Islam untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan ummah sejagat.


mudah-mudahan ibadat korban yang dilakukan sepanjang Hari Aidiladha diterima Allah. Amiin...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan