SeLaMaT MeNjEnGuK Ke TeRaTaK MaYa Ku

Isnin, 5 Januari 2009

buat tatapan....

Assalammualaikum w.b.t....

Sejuta syukur kepada Maha Pengasih, atas segala rahmat-Nya. Salam penuh kasih sayang dengan harapan kita lebih dekat kepada-Nya. Ke hadapan kamu yang diingati dan dikasihi. Di doakan agar Iamu berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya di samping keluarga, teman dan insan tersayang yang setia menemani dirimu di kala ini. Bagi diri aku di sini usah di bimbangkan, masih dalam keadaan sihat dan masih dipanjangkan umur untuk terus menikmati dan menghirup nikmat Illahi...

Kamu,
Aku minta maaf andainya kedatangan warkah ini bisa menganggu situasimu. Warkah ini di utuskan hanyalah sebagai pengganti diri ini, untuk terus memperingati kenangan antara kamu dan aku tika bersama...

Mudah-mudahan apa saja yang kita lakukan tidak akan tergelincir dari landasan, tidak terpesong dari jalan yang telah diberi. Memang mudah memberi alasan, bahawa kita insan nan lemah, serba kekurangan dan sentiasa tidak dapat lari dari kesilapan. Bagaimanapun, kita tentu mengerti antara membiarkan diri tergelincir dengan berusaha mengelak diri dari tergelincir.

Jika tidak masakan lahir ungkapan-ungkapan berkias bagi menggambarkan keadaan, bagi menilai situasi sebenar yang berlaku. Jangan bermain dengan api jika takut terbakar. Sifat api itu memang membakar, namun kita inilah yang perlu pandai menggunakan dan mengawal api jika tidak mahu terbakar olehnya.

Namun kita ini memang sukar untuk diramal cara pemikirannya, sukar diduga apa yang ada di dalam kepala serta hatinya. Malahan kita juga kadangkala tidak mengerti diri sendiri, apatah lagi ingin memahami orang lain. Bagaimanapun kita ini saling memerlukan, saling mencukupkan mana-mana yang kurang. Kerana kita bukan hidup sendirian.

Tiada sesuatu yang akan kita perolehi secara percuma. Apa jua, memerlukan usaha atau mungkin kita harus membayarnya. Namun ada hal-hal yang kita ini ingin perolehi tak boleh bayar dengan wang ringgit berjuta – kerana bukan itu nilainya. Mungkin sesuatu itu akan kita perolehi hanya dengan keimanan, ketakwaan, keikhlasan, kejujuran atau segala macam bentuk kejiwaan.

Belayar di lautan kehidupan, biarpun kita tahu ke mana arah yang hendak dituju. Kita telah di arah yang harus dituju. Telah disediakan kemudi, telah diberi pendayung...tinggal cuma melayarkan bahtera kehidupan sahaja. Namun, kita jangan lupa pada badai yang bakal melanda, pada taufan yang menggila. Bagaimana sekalipun gelora yang melanda, selagi kita tetap berpandu pada arah, tetap tidak melepaskan kemudi, pastinya kelak sampai jua pelabuhan nan dicari. Mungkin kita patut renungkan seketika – dugaan dan kesusahan itu suatu nikmat, sedangkan kesenangan itu suatu cabaran dan tanggungjawab berat.

Bila kita kembali pada pokok persoalan “siapakah kita?”, maksudnya mungkin kita boleh jadi sesiapa saja, boleh jadi seperti apa pun dalam kehidupan orang lain. Makanya, kita harus merenungkan – are you here with the solution, or are you here part of the problem?. Alangkah indah, alangkah manis kehidupan ini andai kita sentiasa membahagiakan orang lain, dan begitulah sebaliknya.

Kasih sayang adalah memberi apa adanya, dengan segala dayanya. Walau bagaimana sekalipun keterbatasannya, sebolehnya seseorang mahu memberikan apa saja yang mampu menyenangkan orang yang dikasihinya. Bukanlah balasan kasih sayang yang diharapkan oleh seorang pencinta sejati, walaupun itu menjadi sesuatu yang melegakannya. Menjadi pencinta yang sejati, senyum dan kebahagiaan orang yang dikasihinya itulah yang menjadi matlamatnya. Yang menjadi sumber kekuatan dan kebahagiaan buat diri ini.

Kasih sayang adalah menceriakan, seperti bunga-bunga indah di taman yang membawa kesegaran bagi yang memandangnya. Seperti rumput-rumput hijau di padang nan luas, yang kehadirannya menyegar dan menyejukkan perasaan. Seperti taburan pasir di pantai yang memberi kehangatan seiring tiupan angin yang menawarkan kedinginan. Dan seperti keindahan seluruh alam yang menghadirkan kekaguman terhadapnya. Kasih sayang adalah berkorban, bagai lilin yang membakar diri memberi cahaya di tengah kegelapan. Hingga titik terakhirnya, ia masih berusaha memberi cahaya menerangi kegelapan. Bagai mentari, meski terkadang dikeluhkan kerana teriknya, namun sentiasa memancarkan cahaya ke serata alam. Semua kisah besar dunia, berawal dengan kasih sayang. Maha Pencipta menciptakan makhluk bernama manusia ini pun kerana kasih sayang.

kasih sayang juga ibarat hayunan kaki melangkah yang membina lautan kebaikan. kasih sayang adalah tangan-tangan yang menebar hamparan permaidani kasih sayang. Kasih sayang adalah hati yang selalu berharap dan mewujudkan dunia dan kehidupan yang lebih baik. Kasih sayang selalu berkembang, ia seperti udara yang mengisi ruang kosong. Kasih sayang juga seperti air yang mengalir ke dataran yang lebih rendah.

Ada sesuatu yang boleh kita akui bersama tentang kasih & sayang – yakni kasih & sayang akan membawa sesuatu yang menjadi lebih baik, membawa kita untuk berbuat lebih sempurna. Mengajar kita betapa besar kekuatan yang dihasilkannya. Kasih & sayang membuat dunia yang penat dan bising ini terasa indah. Kasih & sayang mengajar kita bagaimana harus berlaku jujur dan berkorban, berjuang dan menerima, memberi dan mempertahankan.

KASIH SAYANG – siapakah yang mampu menafsirkannya, siapakah yang mampu menghuraikannya. Walau atas dasar apa sekalipun, walau kasih sayang yang jenis macam mana sekalipun, belum ada sebenar-benar huraian yang mampu digarap. Hidup atas dasar kasih & sayang, kehidupan itu juga kerana kasih & sayang. Kasih & sayang bukan saja ada sejuta rasa, malah mengandung rasa tak pernah terfikirkan di alam fana ini.

Sebilangan kita hanya mampu menyebut KASIH & SAYANG tapi buta dalam menghuraikan maknanya. Sesetengah kita hanya pandai menyebut KASIH & SAYANG itu buta, tapi diri sendiri yang buta dalam memaknai KASIH & SAYANG. Segelintir kita hanya mampu mengungkap madah KASIH SAYANG nan berbunga, tapi diri sendiri miskin kasih sayang.

Kamu,
Mestikah kasih sayang dicari? Kalau begitu, di mana kita mahu mencarinya? Patutkah dibiarkan saja kasih sayang itu datang sendiri? Jika begitu, pastikah kita memang ia akan hadir menghampiri?. Segala rasa kasih sayang ada di dalam diri. Kecuali, bagi jiwanya telah MATI..........

Pada sesuatu di antara waktu, ada kita ini, yang sentiasa mengharap kasih sayang Maha Pengasih lagi Penyayang, yang sentiasa meminjam daripada Maha Pemurah. Makanya, kita dalam mencari sesuatu di antara waktu, harus sentiasa bersyukur kepada Maha Pencipta. Semoga kasih sayang-Nya membuat kita sekalian hamba ini lebih sedar diri.


.:: the smarter u get, the ugly u are ::.




Cukup di sini bicara
Ungkapan kata seorang hamba
Mohon berkat Maha Pencipta
Redha segala pemberian-Nya
Moga kita sekalian hamba
Terhindar dari malapetaka

Jumpa lagi, wassalam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan