SeLaMaT MeNjEnGuK Ke TeRaTaK MaYa Ku

Khamis, 11 Jun 2009

jangan pikir negatif....

EMOSI kita, sama ada gembira atau sedih, kita yang tentukan. Pilihan di tangan kita. Ini kata seorang pakar psikologi ketika membincangkan isu ‘pemilihan’ emosi yang boleh mempengaruhi perjalanan hidup seharian seseorang.

Kalau kita memilih untuk gembira, hari yang dilalui terasa ceria walaupun rutin. Secara tidak langsung, riak wajah kita juga tampak lebih manis dan tenang.

Malah, ada orang menyifatkan kegembiraan itu macam rama-rama cantik, mampu menyenangkan hati sesiapa yang memandang.

Perkara paling asas untuk mendapat kegembiraan ini ialah, kita mesti selesa dengan diri sendiri dan menerima kelebihan serta kekurangan diri dengan hati terbuka. Usah jadikan rupa paras atau warna kulit sebagai perbandingan yang menyebabkan kita rendah diri kerana ia anugerah terbaik dan unik Allah kepada setiap insan.

Pilih untuk gembira — Pilihan ini ada di tangan setiap orang dan jadikan ia sebagai sasaran setiap hari. Bagaimanapun, perasaan gembira bukan datang begitu saja kerana sumbernya perlu dicari dan dipelajari.Antaranya ialah belajar kemahiran mengurus diri, kebolehan berinteraksi dengan baik dan perkara yang boleh meningkatkan prestasi kerja. Pilih untuk ada di persekitaran atau berkawan dengan orang yang bersikap positif serta mampu membuat anda gembira.

Pupuk perasaan syukur — Kesyukuran ini perlu hadir dalam hati dan bukan hanya pada kata-kata. Lumrah manusia sering membandingkan diri sendiri dengan orang yang ada pelbagai kelebihan daripada pelbagai sudut.

Amalkan sifat pemaaf — Penyelidik berpendapat berfikiran negatif, memendam kemarahan dan sentiasa memikirkan keburukan orang lain memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental. Satu-satunya cara untuk mengikis kesan buruk ini ialah memaafkan kesilapan orang lain pada kita. Ini mengurangkan ingatan kita terhadap insiden pahit yang boleh merangsang perasaan marah.Sebaliknya, kaji pendapat orang lain yang mungkin ada benarnya; walaupun kebenaran itu pahit untuk ditelan. Kenang semula perasaan anda apabila mendapat kemaafan daripada orang lain dan kebaikan yang lahir daripadanya. Apabila sudah memaafkan, berusaha melupakan kenangan kurang manis dan elak mengungkitnya semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan