SeLaMaT MeNjEnGuK Ke TeRaTaK MaYa Ku

Isnin, 4 April 2011

:: Terima Undangan & Menerima Hadiah ::

Maksud Hadith :

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sekiranya aku dijemput menghadiri sesuatu majlis sama ada majlis itu kecil mahu pun yang besar, nescaya aku menerima jemputan tersebut. Sekiranya aku dihadiahkan sesuatu barang yang bernilai atau tidak, nescaya aku menerimanya juga”
Hadith Riwayat :Al-Bukhari



Huraian:

1. Dalam kehidupan bermasyarakat, kita hendaklah menjaga hati dan perasaan orang lain agar hubungan silatul rahim sentiasa terjaga selain dapat menghindari perselisihan faham yang mengakibatkan perbalahan dan perpecahan.

2. Rasulullah SAW sebagai contohnya, baginda tidak pernah menolak sebarang pemberian atau hadiah yang diberikan kepada baginda. Baginda tetap menerima apa bentuk jemputan tanpa membeza-bezakannya sama ada majlis itu kecil atau besar, dan jemputan itu dari orang kaya atau miskin.

3. Orang yang memilih- milih jemputan bagi sesuatu jamuan atau hadiah yang diberikan kepadanya adalah mempamerkan sifat orang yang sombong dan bongkak sedangkan sifat ini adalah sangat dilarang di dalam Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan